ini boleh saya katakan ‘blog’ pertama yang saya karangkan dalam Bahsa Malaysia.Idea ini dicetuskan semasa saya mengenang kembali detik-detik keriangan semasa di bangku sekolah. Masih saya ingat lagi, saya menjejak masuk di perkarangan sekolah aminuddin baki pada 8mac 2002.sepanjang tempoh yang saya berada di sekolah itu, banyak perkara yang saya pernah tempuhi.. banyak yang dapat dipelajari.semasa di tingkatan 2, perkara yang paling tidak dapat saya lupakan adalah tentang bola keranjang.entah siapa yang menarik minat saya untuk berkecimpung dengan sukan ini.sudah menjadi kebiasaan untuk saya dan rakan karib saya untuk bermain bola keranjang setiap hari. tak jemu dan tak jelak pun kami rasa.. cukup berseronok boleh saya katakan..setiap pagi, apa yang kita buat? tak lain dan tak bukan makan keropok lekor ler.semasa mengenang balik, saya dapat merasai sikap kebudak-budakan pada masa itu.tapi, memang berbaloi saya rasa kerana sangat menyeronokkan.
terus kepada tingkatan lima.. tingkatan 5jaya.. itulah kelas yang saya berada sepanjang tahun 2006. pada mulanya,rasa taklahseronok sangat.sebab rakan karib pun berada di kelas lain.. tinggal saya seorang aje.. tapi selepas beberapa bulan, seronok pula saya rasa.. setiap pagi kejutkan rakan saya yang tgh tidur dalam kelas.. pagi-pagi buta, pergi briefing.. terpakai blazer rakan saya pula.. patutlah semacam je.. insiden ini memang kerap berlaku.. sifat ‘blur’ yang dimiliki.. itulah puncanya.. lepas tugas je dah semangat pula..apa sebabnya? sebab ialah boleh makan le.. apa lagi.. setiap pagi, makan je biskut tiger…tak pernah jemu.. lagi banyak lagi sedap.. pagi-pagi dah makan biskut tambah dengan roti yang dibawa dari rumah.. masa rehat , makan lagi nasi lemak, asam laksa.. rehat ni bukan sekadar 20 minit je.. nama pengawas la.. ‘extend’ masa rehat pula.. tak tugas pun jadi tugas..makan roti canai dapat hilangkan masa P&P beberapa minit pun jadilah.. masa cikgu tengah bercakap kat depan tu, tidur pula kita.. sampai cikgu kena berdiri di depan meja kita dan mula berkata,’ amboi, merdunya suara saya.sampai tertidur pula.." .. nasib baik air liuh tak meleleh.,.:p lepas sekolah tuisyen lagi.. kat pudu lah tu.. walaupun telah sehari di luar, tapi, kepenatan yang saya rasa ialah kepenatan yang penuh dengan kepuasan.. detik-detik keriangan bukanlah sekadar tu saja.. memanglah banyak. hari ini, saya amat bersyukur kerana dimasukkan ke smk aminuddin baki dan terutama dalam kelas 5jaya.. boleh katakan tingkatan5 ialah tahun yang paling menyeronokkan dan tidak akan saya lupakan sampai bila-bila..memori manis itu akan saya simpan selama-lamanya..senyuman yang terukir pada wajah rakan-rakan akan saya ingat buat selama-lamanya.terima kasih kepada rakan-rakan saya di smk aminuddin baki.. sehingga kita bertemu lagi pada suatu hari.. sekian

The Script.